5 Fokus Utama Aktiviti Pemasaran

Aktiviti pemasaran tidak memerlukan jampi. Ia memerlukan seni. Sebagai satu bentuk seni, ia boleh dipelajari. Salah satu aspek penting dalam seni pemasaran ialah keupayaan kita mempengaruhi prospek. Jadikan lima fokus berikut sebagai azimat bagi menjadikan kita usahawan berpengaruh.

Fokus pada aktiviti mencari prospek

Apa sahaja tindakan kita, nilai semula kesannya pada jualan. Adakah selama ini kita sekadar membazir masa? Apabila orang lain membina laman peminat bagi produk di Facebook kita juga membinanya. Namun fikir sejenak, nilai sama ada ia menyumbang bagi menaikkan jualan atau sebaliknya?

Fokus pada kumpulan sasaran

Menjual aiskrim kepada orang eskimo adalah perbuatan yang sukar. Menjual aiskrim kepada pengembara yang sesat di Gurun Sahara adalah perbuatan yang mudah. Malah ia sanggup membayar RM20 bagi ais krim kampung yang modalnya Cuma 20 sen.

Jadi cari kumpulan sasar yang betul. Kemudian fokus kepada membantu kumpulan sasar menyelesaikan masalah mereka dan penuhi keperluan emosi mereka.

Fokus pada membantu pelanggan

Semasa membuat promosi, fokus kepada bagaimana kita dapat membantu mereka. Tekankan keuntungan pada pihak pelanggan sebagai kesan setelah mereka mendapatkan produk kita. Kurangkan fokus pada kelebihan produk. Fokus bahawa prospek akan lebih baik, hebat, sihat, bergaya, berkuasa, kaya dan berpengaruh jika memilih produk kita.

Fokus pada aktiviti berkaitan pelanggan

Fokus pada mengasah kebolehan kita dalam aktiviti seperti menjawab soalan pelanggan. Contohnya, kita belum lagi membuka mulut. Namun sudah ada pelanggan yang tiba-tiba bertanya harga produk.

Fokus pada pelanggan dalam mengembangkan produk

Cara mudah bagi memastikan produk baru mendapat sambutan pelanggan ialah melibatkan mereka. Tidak perlu kita habiskan air mata 5 baldi apabila membuat aktiviti post-mortem kegagalan produk. Aktiviti post-mortem hanya untuk mayat.

Sebaliknya aktiviti pre-mortem adalah untuk produk. Ajak prospek memberi input apakah bentuk produk baru yang mereka mahu kita sediakan.

Itulah dia 5 perkara yang kita boleh fokus semasa membua aktiviti pemasaran bagi produk atau servis kita.

Sambil – sambil tu boleh tengok video pemasaran oleh Irfan Khairi (IK) ni, banyak lagi boleh belajar.

Kalau nak tau macamana IK boleh berjaya menjadi jutawan dan seterusnya berhijrah hingga ke Dubai untuk meluaskan perniagaan sekarang boleh baca kisah beliau disini —> KisahJutawanIrfanKhairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *