7 benda MESTI buat untuk tambah pendapatan dengan segera

Zaman millennium ini pelbagai cabaran yang dihadapi untuk memastikan kita mempunyai pendapatan yang mencukupi demi membiayai keperluan perbelanjaan harian, pendidikan anak-anak, kesihatan, minyak kenderaan, makanan asas dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dengan pendapatan yang terhad, kita perlu pandai untuk menyediakan pelan perbelanjaan yang sesuai dengan perbelanjaan kita.
Jadi antara strategi untuk menambah pendapatan kita adalah dengan melakukan kerja separuh masa atau menjalankan perniagaan secara separuh masa.
Dalam dunia sekarang yang telah maju dengan sistem telekomunikasi yang serba canggih kita perlu mengambil peluang sediada dan berusaha dengan bersungguh untuk meningkatkan pendapatan kita.
Apa langkah yang boleh dilakukan?

Langkah #1 – MUHASABAH DAN DOA
Semasa menghadapi ujian dan cabaran dalam dunia ini, pasti ia ada hikmahnya.
JAdi perkara pertama yang disarankan adalah kita muhasabah diri. Lihat dalam diri mengapa Tuhan beri kita ujian ini. Perbetulkan ibadah kita terutamanya SOLAT kita, perbaiki hubungan kita dengan ahli kerluarga, rakan, jiran, rakan sekerja dan dengan sesiapa sahaja.

DOA adalah senjata yang kuat untuk orang Islam, jadi, gunakanlah ia untuk memohon petunjuk agar Tuhan memberi kita kemudahan jalan keluar daripada segala masalah yang kita hadapi.

Langkah #2 – BIG WHY?
Paling penting, anda perlu tahu kenapa anda nak tambah pendapatan? Cari BIG WHY (MATLAMAT) anda untuk melakukan sesuatu kerja atau perniagaan. Anda perlu jelas dengan sejelasnya tentang tujuan anda melakukan kerja atau perniagaan.
Sebagai contoh, anda melatakkan matlamat untuk mejalan kerja separuh masa atau berniaga untuk mendapatkan income tambahan untuk memberi rumah idaman, pergi haji / umrah, meningkatkan ekonomi keluarga. Buat matlamat yang akan memberi “tekanan” kepada diri anda untuk membuat kerja atau perniagaan secara bersungguh-sungguh TANPA putus asa selagi tidak mencapai matlamat tersebut.

Langkah #3 – Cari peluang
Lihat peluang sedia ada yang ada di sekeliling anda yang anda mampu manfaatkan. Lihat skil yang anda telah ada yang boleh digunakan untuk menjalankan kerja separuh masa atau berniaga.

Kebanyakkan orang yang Berjaya adalah mereka membuat perkara yang mereka suka dan berdasarkan skil atau bakat yang mereka ada.

Langkah #4 – Mulakan sesuatu
Kadang-kadang kita telah tetapkan matlamat unutk melakukan sesuatu tetapi kita kerap bertangguh atau mencari alasan untuk menunggu waktu yang sesuai untuk memulakan sesuatu atau menunggu untuk menyediakan pelan tindakan sehingga ia sempurna sebelum memulakan sesuatu.

Buat seperti orang Jepun, amalkan konsep “Kanban” iaitu sentiasa cari cara untuk memperbaiki perkara yang kita buat. Di dalam agama juga di ajar untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Jadi kita perlu buat sesuatu HARI INI JUGA. Mulakan langkah anda hari ini, langkah demi langkah hingga mencapai matlamat anda.

Anda boleh mula dengan berniaga kecil-kecilan seperti kedai burger, jual jeruk pada kawan-kawan di ofis atau mulakan sesuatu di pasaran online seperti berniaga di Shopee, di personal wall FB atau sebagainya…

Banyak panduan yang telah tersedia dipasaran untuk belajar cara yang betul untuk memulakan sesuatu.

Langkah #5 – DISIPLIN DAN FLEXIBLE
Untuk mencapai matlamat, anda perlu jelas dengan apa yang anda mahu. Semasa menjalankan pelan tindakan anda, anda perlu disiplin dan memberi komitmen 100%. Tiada istilah penat atau jemu. Pekakkan telinga anda daripada segala cemuhan atau hinaan.

Anda juga perlu flexible dalam menangani cabaran dalam menjalankan tindakan anda. Kerana sesuatu perubahan yang dilakukan pasti akan cabarannya yang tesendiri.

Langkah #6 – MENTOR
Jika anda mahu cepat Berjaya, anda boleh mentor yang telah pakar dalam bidang kerja atau perniagaan yang anda ingin lakukan.

Mereka ini telah melalui pelbagai cabaran dan merasai kejayan di dalam bidang berkenaan. Yang lebih penting mereka tahu perkara yang perlu anda elakkan untuk mencapai kejayaan.

Langkah #7 – ILMU
Sentiasa tambah ilmu mengenai apa yang anda lakukan untuk memastikan perkara yang anda lakukan sentiasa relevan dan lestari.

Jika anda tidak menambah ilmu, mungkin apa yang akan anda lakukan ini akan menjadi tidak lagi relevan untuk 5 tahun akan datang.

Kita boleh lihat bagaimana telefon NOKIA telah ketinggalan dibelakang kerana mereka tidak flexible dengan permintaan pasaran. Oleh itu, kita perlu sentiasa upgrade ilmu kita agar kitab oleh menawarkan sesuatu yang baru kepada target pasaran atau pelanggan kita.

Jika anda boleh ikut 7 langkah utama ini, pasti anda akan mendapat idea untuk mencari peluang menambah pendapatan anda.

Anda boleh lihat video Jutawan, Irfan Khairi (IK) mengenai cara nak mulakan bisnes walau tiada minat, tiada idea dan tiada pengalaman.

Kalau nak tau macamana IK boleh berjaya menjadi jutawan dan seterusnya berhijrah hingga ke Dubai untuk meluaskan perniagaan sekarang boleh baca kisah beliau disini —> KisahJutawanIrfanKhairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *